Tuesday, February 16, 2010

ya rabb

wahai tuhan...
yang maha melihat, mendengar dan mengetahui..
jutaan keampunan aku rayu padamu...
datang diriku dengan penuh kehinaan meminta padamu...
bantulah aku...tolonglah aku...bimbinglah daku...
aku tahu bahawa diriku penuh dengan noda dan dosa...
yang mungkin pada setiap ketika aku lakukannya...
aku tahu tahap diriku...kekuatan imanku...
dan aku tahu kau lagi maha mengetahuinya...
jangan wahai tuhan..
aku takut wahai tuhan...
segala kemegahan, segala kemahuan,
yang telah kau kurniakan ini..
adalah kerna murkamu padaku,
kerna tiada redhomu padaku...
kerna hinanya diriku padamu...
wahai rabbi...
berikanlah segalanya atas kerna redhomu padaku...
atas kerna segalanya sememangnya milikku...
atas sebab segalanya memang yang kau perkenankan kepadaku..

wahai tuhan kami..
kami memohon padamu yang maha adil...
bantulah kami...
kuatkanlah benteng iman kami...
sesungguhnya kau yang maha arif tentang segala zarah keinginan yang bertarung dalam diri kami...
segala keberkehendakkan yang melonjak-lonjak dalam jiwa kami...
wahai tuhan..percepatkanlah...
wahai tuhan..biarlah apa yang kami bina berteraskan redhomu..
oleh itu kami pinta...
teguhkanlah iman kami...sabarkan hati kami...
jangan tinggal kami walau sejenak..
wahai tuhan...
amin..

1 comment: