Saturday, March 20, 2010

TUHAN........Dengarlah..

syukur..syukur..tapi TUhan.. dengarlah..

nikmat suara yang tuhan berikan padaku,
entah padaku, ia hanya sekadar kelebihan picthing dan nada yang mungkin baik sedikit dari sesiapa sahaja insan yang mempunyai nada suara disekelilingku, tapi Alhamdulillah, syukurku terlebih dahulu kepada yang maha Kaya atas kurniaannya,..
aku mampu mengalunkan melodi bersahaja tapi baik bunyinya,
aku mampu mengalun zikir hebat dengan lebih hebat pitchingnya,
aku mampu memegang pena dan dengan bersiul sahaja mampu menggubah lagu yang bergegar hati bila mendengarnya..


suara ini,
kadang aku terfikir,,
kerna demi tuhan tidak pernah lari hatiku dari merasa sedikit riak dan bongkak,
riak dan takabbur, sehingga jijik bagiku bila memikirkannya..
keran aku terkadang pernah merasa bahawa diriku lebih berharga dari mungkin sesiapa sahaja..JIJIKNYA..

suara ini,
meletakkan diriku mungkin ke atas sedikit dari insan yang sebaya dan setaraf dengan diriku,
mengharumkan sedikit nama pilihan ibuku, MUIZZ dan nama ungkapan temanku AJI, di mulut2 segenap insan yang mengetahui kerja buatku disini...di UUM ini...

suara ini..
juga terkadang membuatku terasa terhina disisinya..
tatkala baru selesai aku membuat dosa..dosa kecil atau sebgainya yang memang hanya dirinya sahaja yang Maha Mengetahuinya..
terus, aku diajak ke RumahNya..dan sekali lagi..
dengan kelebihan hanya suara..
aku ditolak oleh pakcik-pakcik tua,,yang semuanya sudah seperti teman lama lagak bergaulnya denganku..ke pencorong suara..
MEMANGGIL ORANG MENGHADAP NYA..
MEMANGGIL ORANG UNTUK HADIR KERUMAHNYA DAN BERMUNAJAT MENUNAIKAN KEWAJIPAN KEPADANYA..
bayangkan..bayangkan disaat itu..hina yang aku tanggung ..hina yang aku rasa dicampakkan kemuka hambanya yang hina ini..

wahai tuhan,
dengarlah..bukan pintaku kau ambil nikmat ini,
kerna itu sudah menjadi kufur namanya,
tetapi bimbinglah hambamu ini,
agar segala kelebihan yang ada ini..
aku guna..
untuk lebih subur CINTAKU padamu. YA ALLAH





1 comment:

  1. Tahniah...
    udah2 la msuk...
    bg kt org len plak..
    hahahaa....

    ReplyDelete